Tuesday, March 24, 2009

Salam ziarah, bertemu kembali... Adikku Shamsul dan isteri sedang berada di tanah suci mengerjakan umrah .7 hb April nanti kakak ku Hajah Azizah dan suaminya Haji Muhammad akan ke tanah suci juga semoga semuanya mendapat kebaikan yang banyak... Solat di masjidil haram 100,000 kali ganda kebaikan solat di tempat lain...Solat di Masjid Nabi 1,000 kali ganda kebaikan dari tempat lain... 28 hb nanti aku akan ke Bukit Gantang bersama sahabat2 yang lain membantu sekadar mampu sahabat 2 di sana..Berapa hari di sana belum tentu yang pasti datang pasti datang.... PAS menang ! Aamin !
ثوري ثوري ثوري
نفدي الدين بالدم
قاتل يا مجاهد وكبر بسم الله
خلي الناس تشاهد والنصر هو الله
نتحدى بقرآننا ثايرين رجالنا
ما بتعود ديارنا وما بيمسح عارنا إلا الدم وهالنار
وحدوا الأيادي رتبوا الصفوف
خلي الحق ينادي لا رهبه ولا خوف
قرآننا بيدينا فجرنا الصراع
نتحدى أعادينا نهجم لادفاع
أرفع السلاحي أنصر هذا الدين
فجر الكفاحي عز المسلمين

Saturday, March 21, 2009

Bertemu kembali, hari rabu malam khamis bertolak dari Kuala Lumpur ke Terengganu menaiki bas sekeluarga..Hari Khamis bersama diBukit Depu kerana jamuan walimah sambut menantu kakak ku... Aku ditugaskan bahagian air dan kebersihan.... Maghrib kuliah maulidur rasul di Surau Rhu Renggeh dan selepas itu ke Kg Padang untuk merasmikan mesyuarat agung PAS Cawangan Kg Padang.......
Hari Jumaat aku ke Pulau Serai Dungun berkhutbah di Masjid Pulau Serai dan selepas itu ke Kg Ladang untuk program usrah ajk muslimat dun ladang..... Maghrib di surau Flat Padang Hiliran dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung PAS cawangan Kg Bukit Bayas.....
Sabtu aku bersama sahabatku Azlin sejenak di kedai Nazim.......... Kuliah di Surau Ladang Mengabang ....

Monday, March 16, 2009

assalamualaikum! Selamat bertemu kembali. hari Jumaat ke Sabak bernam bersama isteri menumpang kereta adikku Shamsul bermalam di sana di kg batu 37. pagi sabtu sarapan di bandar sabak bernam bersama abangku Ramli dan adik ku shamsul, zupray, mat jundullah dan pak su mad... ke rumah pengantin perempuan jam 11.45 pagi adik beradik ku yang turut serta ialah Kakakku Khalijah dan anak2nya, Azizah dan keluarga , Ibrahim dan keluarga, Ramli dan keluarga, Shamsul dan isteri serta dua anak,norzalida dan keluarganya serta warihwarah kak zah........ jam 1.30 petang pulang ke k.L dan sampai kul 5 petang.. malam tu aku ke puncak alam untuk kuliah maghrib. alhamdulillah ! Sahabat2 puncak alam yangdatang ambil...
hari ahad aku ke Taiping menaiki bas di puduraya jam 10 pagi bertolak, sampai pukul 2 petang di terminal bas express kemunting. ust Wan Sukairi dan soud yang datang ambil dan terus ke tempat mesyuarat bersama ajk UPU Pengkalan Aor.... Rupa2nya cikgu che ali dan che mat karim sudah berada di sana... Habis mesyuarat ke Kuala Sepetang untuk makan Mee Udang yang popular di sana..... pagi isnin pulang ke kuala lumpur .......

Wednesday, March 11, 2009

Pagi Khamis 12 March 2009

Maahad Darul Quran akan bercuti selama seminggu. Pagi ini seperti biasa pada hari sebelum cuti kelas hanya separuh masa pertama saja kerana pelajar2 bersiap untuk pulang ke rumah masing2. Pukul sebelas pagi maka bermulalah pelajar puang ke rumah. Ada yang ibubapa datang ambil dan tak kurang juga yang pulang dengan bas. Guru2 masih berada di pejabat manakala aku telah bertolak ke rumah bersama anak saudaraku mawaddah yang ayahnya meminjamkan aku pagi ni kereata MYVInya...... Tiba di rumah aku terus bersama abu najwan....

malam ini

Bersama ahli jamaah surau alhidayah , Kuala ibai bersebelahan Mydin. Tajuk Puasa dari kitab Feqh Harian karangan Kekasihku Timbalan Mursyidul Am PAS..... Petang tadi Abg Ismail mari tengok kereta ku, didapati rosak teruk tak dapat di hidupkan. alamatnya nak pakai duit banyak pulaklah... terpaksa pakai motorsikal je lah kemana2 pergi. Besok balik K.Lumpur naik bas bersama anak2... Cuti selama seminggu berada di rumah mertua 18 hb mac malam kul 10 bertolak ke Terengganu dengan bas Insya Allah...

Tuesday, March 10, 2009

Kita datang bukan untuk berperang..." - Ustaz Hadi
TAIPING, 10 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengaku telah terkena beberapa kali gas pemedih mata dan pancutan 'water cannon' ketika menyertai "Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI" disekitar Masjid Negara, 7 Mac lalu.
"Padahal, kita datang beramai-ramai bukan untuk berperang, tetapi sekadar menunjukkan benci pada tindakan Umno-Barisan Nasional masih menggunakan bahasa penghantar Inggeris dalam Sains dan Matematik,"jelasnya ketika berceramah di Simpang Empat dekat sini baru-baru ini
Kata Ustaz Hadi protes PPSMI itu melibat puluhan ribu rakyat terdiri dari pakar akademik, ilmuan, pelajar-pelajar universiti, pejuang-pejuang Bahasa Melayu dan pegawai-pegawai kerajaan turut hadir membantah sikap kerajaan benak hati itu.
Tegas Dato? Seri, sepatutnya setelah negara merdeka sejak 51 tahun lalu semakin bertambah dan kukuh penggunaanya Bahasa Melayu itu malah diperluaskan kegunaanya ke segenap sudut dan masyarakat.
"Tapi nampaknya semakin tahun Bahasa Melayu hendak dicampakkan dengan digantikan kepada Bahasa Inggeris. Oh! Sungguh sangat-sangat dikesali sikap pemimpin Umno,"runggutnya.
Tegas Abdul Hadi, semua negara di dunia ini menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar dalam mata pembelajaran di sekolah-sekolah dan dalam masyarakat seperti di Jepun, China, Hongkong, Perancis dan negara-negara maju lainnya.
"Tidak salah menambahkan pengetahuan dengan mempelajari bahasa-bahasa lain. Tetapi, untuk mengilmukan rakyat di negara ini juga bagi ikatan perpaduan majmuk haruslah menggunakan bahasa penghantar bagi sosial dan ilmuannya dalam Bahasa Melayu," tegas Hadi Awang.
Sebagai contoh, jelasnya, sembahayang menggunakan Bahasa Arab tapi bagi mempelajarinya perlu menggunakan bahasa ibunda Bahasa Melayu termasuk mengerjakan fardhu Haji harus dalam Bahasa Arab, namun untuk mempelajarinya mesti dalam bahasa mudah difahami iaitu Bahasa Melayu.
"Juga yang terpenting kata perbidalan Melayu ?Bahasa itu menunjukkan Bangsa," tegas Ustaz Hadi. -di petik drp harakahdaily.net

2 malam bersama pelajar Rabie

Malam ke 13 Rabiul Awwal di Surau Haji Abdullah, Bukit Besar. Tazkirah yang mengingati Rasulullah S.A.W dan Hari Akhirat bersama Akhi Abdul Quddus Yusuf, Zuhaili Abdul Rahman, Mustaqim Mahari dan Idham Shuhadam Ismail yang turut serta menemani kami. Malam ke 14 pula bersama kami di Surau Assabiqun ialah akhi Rithauddin Che Daud, Zul Fadli Ramli , Ahmad Hafizuddin Alam Shah dan Rafiuddin Rashid yang telah begitu tenang menyampaikan tazkirah yang mengingatkan kita dengan hari qiamat.... Syabas adik2 Rabie semoga kalian di beri kejayaan di dunia dan akhirat..................

Saturday, March 7, 2009

salam pagi ahad

teruskan perjuangan dalam hidup yang fana ini. suka atau tidak kita perlu muhasabah diri kita... agar kita sentiasa berada dalam landasan yang betul mengikut Islam. Besok umat islam menyambut Peristiwa maulidur rasul yang sentiasa di sambut saban tahun tetapi apakah umat islam di malaysia kita terus beramal dengan sunnah Rasaul? Kerajaan masih seperti dulu tidak mahu ikut jejak rasul dalam melaksanakan Islam di bumi malaysia ini. mereka masih berdegil dengan fahaman dn ideologi manusia dengan menolak ajaran Rasul.. namun sedikitpun tidak rasa malu dan jijik menyambut maulid setiap tahun. Hinanya umat melayu sebegini di Malaysia ini........macam lagak abu lahab juga berpesta ketika maulid tapi dalam masa yang sama menentang perjuangan Islam...Ayuh !! Bersamalah beramal dan seterusnya berjuang agar ajaran rasul dapat dilaksanakan di malaysia ini secara menyeluruh walaupun terpaksa mengorbankan harta dan nyawa.... Teruskan perjuangan semoga berjaya duia dan akhirat, Akhirnya saya berpesan kepada anda dan juga diri ini supaya bertaqwakepada Allah Taala. Wasslam. Salam Maulidur Rasul 1430. Takbir !!!

sabtu 7 mac 2009

salam sokmo. hari ni bertolak ke Felda Keratong majlis walimah anak abang ariffin emas. sampai di sg isap ke rumah abangku ramli sekejap. abangku juga akan ke keratong. bertolak ke sana pada 10.45 pagi dan sampai jam 12.35.. makan bersama adikku shamsul dan abangku ramli di situ. aku meneruskan perjalanan ke Kuala lumpur melalui jalan keratong-kuala pilah-senawang- kuala lumpur. Tol rm 8.20 saja.. sampai kul 6.00 petang... buka harakah daily terus je maklumat terkini perhimpunan bantah ppsmi di masjid negara....... dapatlah aku terima berita : Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.
"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.
"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.
Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi
"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN.
"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.
"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka
"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat.
Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.
Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama.

Monday, March 2, 2009

Isnin malam selasa

Bersama ahli jamaah surau alhidayah , Ladang sahak..... Petang tadi bersama isteri hantar roti pada raihanah di Saasza dan hantar juadah berbuka buat anak sulung ilhami di Maahad darul quran, Rusila. Selepas itu ke rumah sahabat2 isteriku kutip duit kutu bulan 3. kemudian akhir sekali ke rumah siti stokis HPA beli produk hpa.....

ahad malam Isnin

Aku bersama jamah masjid alfurqan dalam tafsir alquran ayat 22-25 surah Al An`am....