Sunday, August 30, 2009

31 hb Ogos 2009 ( 52 Tahun Negaraku Merdeka )

Salam Ramadhan ! Hari ini dah hari ke sepuluh kita berpuasa... Warga Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 52... bagi umat Islam seperti saya walaupun Malaysia sudah merdeka tetapi hakikat kemerdekaan yang sebenar belum dikecapi oleh umat Islam sepenuhnya kerana kita tidak bebas untuk melaksanakan Islam yang syumul di negara yang merdeka ini... Orang Islam yang memerintah masih dikonkong dengan sistem penjajah yang menyebabkan umat Islam di Malaysia berada dibawah pemerintahan yang zalim kerana tidak mendaulatkan hukum islam setelah diberi kemerdekaan.... Paling malang apabila setiap kali sambutan kemerdekaan orang melayu Islam dilihat lebih orang putih drp orang putih.... Oleh itu menjadi kewajipan kepada kita seluruh umat islam untuk berjihad bagi mempastikan Islam dapat didaulatkan di negara kita ini... Jadikan semangat jihad di bulan Ramadhan sebagai pemangkin selepas ini untuk lebih berusaha ke arah merealisasikan sistem islam berjaya dilaksanakan... Hancurkan BN Menangkan PAS dan Pakatan !!! Teruskan Perjuangan ! Selamat Berpuasa ! Takbir !!

Saturday, August 29, 2009

3 Benteng orang beriman

Tiga benteng orang beriman yang dapat menghalangi dari gangguan syaithan

1) Masjid 2 ) berzikir kepada Allah 3 ) Membaca Al Quran

Tiga yang Rasulullah s.a.w cintai dan suka

1) Wangian
2 ) Isteri solehah
3 ) Ketenangan ketika solat

-Dari kitab nashaihl ibad karangan Imam Nawai Al Bantani..

Semoga kita memiliki apa dicintai dan disukai oleh Rasulullah S.A.W itu.Insya'Allah

Salam Perjuangan.

Wednesday, August 26, 2009

Empat keutamaan dan kewajipan

Sayyidina Othman R.A pernah berkata: Ada empat perkara yang zahirnya keutamaan sedangkan batinnya adalah kewajipan :

1 ) Bergaul dengan orang soleh adalah keutamaan sedangkan mengikuti jejak langkah mereka adalah kewajipan.

2) Membaca Al Quran adalah keutamaan sedangkan mengamalkan kandungan AlQuran adalah suatu kewajipan.

3 ) Ziarah kubur ke makam orang soleh itu merupakan keutamaan sedangkan menyiapkan bekal untuk kehidupan sesudah mati adalah suatu kewajipan.

4 ) Mengziarahi orang sakit itu adalah suatu keutamaan sedangkan berwasiat dengan perkara yang baik di akhir hayat adalah suatu kewajipan....

Selamat berpuasa ! Teruskan perjuangan !!!

Tuesday, August 25, 2009

PAS terus diberi kemenangan dalam PRK 2009


Salam perjuangan ! Semangat badar terus berkumandang di bumi permatang pasir apabila PAS diberi kemenangan oleh Allah Taala dalam pilihanraya kecil N 11 Permatang Pasir , Pulau Pinang.. Majoriti yang cukup menyebabkan UMNO terduduk dan tersungkur ..... Semoga gelombang kemenangan ini akan berterusan sehingga Pakatan Rakyat menguasai Malaysia dalam pilihanraya UMUM akan datang...... Teruskan perjuangan !! Selamat berpuasa !!!

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN KARIEM 1430 H

Salam Ramadhan untuk semua sahabat2 ku seperjuangan !! Aku berpesan pada diri mu dan diri ku yang hina ini supaya bertaqwa kepada Allah Taala... Semoga amalan2 di bulan ramadhan pada tahun ini lebih baik pada sebelumnya..... Selamat berpuasa dan berjihad di bulan yang mulia ini . Takbir !!

Friday, August 21, 2009

Suami Isteri yang Romantik di Permatang Pasir

Aku kira ini pasangan paling romantik dan paling glamour pada hari pernamaan calon PRK N11 Permatang Pasir.
Sehati dan sejiwa dalam meneruskan badai Perjuangan ini. Semoga anda suami dan isteri kekal istiqamah dengan perjuangan ini. Takbir....

Gambar ini ku petik dari : http://trgkini.blogspot.com/

Tuesday, August 18, 2009

Paling Glamour di Hari Penamaan Calon PRK N11

Mencegah itu lebih baik dari mengubati, jauhi virus selsema BN.........

Monday, August 17, 2009

Penamaan Calon N 11 Permatang Pasir



Aku telah hadir bersama Ust Da, Hj Fozi, Haji Dee, Hj Din, Hj Jalil di IKBN, Bikit Mertajam sempena Hari Penamaan Calon N 11 Permatang Pasir, Pulau Pinang. Pertembungan satu lawan satu yang memerlukan sokongan yang kuat dan ramai drpd pengundi bagi memenangkan PAS di sana.. Ku berdoa agar PAS diberi kemenangan oleh Allah Taala... Gambar ku menyusul nanti..

Thursday, August 13, 2009

Idul Ilmi MDQ ke-18

Pada hari Jumaat 14 hb Ogos , Ma`had Darul Quran Rusila telah mengadakan jamuan makan sambil menderma sempena Ihtifal Idul Ilmi kali ke 18..... Aku di hadapan gerai Pameran MDQ..

Menyambut muslimin yang makan di khemah jamuan.....

Di sapa oleh pelajar banat...........


semasa di khemah jamuan.........

orang kuat kita Haji Rozman PK 2 ( Hep )

Senyum orang kuat disebalik tabir ...........

Aku di Himpunan GMI 1 Ogos 2009

Setelah selesai ditembak oleh Gas dan air kimia, oh seronok merasai apa telah dirasai oleh yang terhadulu merasainya.Aku mula bergerak ke Pejabat Agung PAS untuk mendengar amanat pimpinan kesayanganku Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, semoga Tok Guru sentiasa sihat untuk terus memimpin kami.

Tuesday, August 11, 2009

ceramau sempena perasmian pas cawangan

pada 13 hb Ogos satu ceramah sempena Perasmian Pas Cawangan Kg Pantai Batu Buruk akan diadakan pada jam 9.30 malam YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden , YB Dr Hatta Ramli Bendahari PAS Pusat dan YBM Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Ajk PAS Pusat/ADUN Batu Buruk.....

di Pasar Cabang Tiga pada malam yang sama pula diadakan Malam Kesenian Islam bersama Azhar Atan Juara Akademi Nasyid 2008....jam 9.30 malam...