Sunday, September 20, 2009

Salam Eid Mubarak 1430 H

SalamEid Mubarak buat teman2 seperjuangan di mana saja berada ! Kullu a~min wa antum bimiliuunal khairi .. Maaf Zahir Batin.... Aku sempat berkhutbah di Taman Sunway, Batu Cave..Tq pada Tuan Haji Hanafiah yang telah kirimkan khutbah Dato` Seri Presiden.... Hari ini agak sibuk sikit kerana aku terkandas di jalansebaik balik dari solat raya.. Kereta sakitcirit birit dan dihantar ke Hospital kereta setiawangsa... banyaklah juga kena bayarannya. namun sekarang ni kereta dah sihat.. Besok ke banting, Selangor rumah pak sedara isteriku di kg kelanang, jugra dan sg buaya... Rabu mungkin balik Terengganu.... Maklum sajalah raya sakan kat KL ni...

Sunday, September 13, 2009

Presiden Lancar Kereta Jenazah Masjid Rusila.

Upacara persmian telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Perkarangan Masjid Rusila, pada 11.09.2009 jam 6.00 ptg.


Saturday, September 12, 2009

Teks Khutbah Idul Fitri 1430H

Teks Khutbah ini telah disediakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Presiden Parti Islam Semalaysia [PAS]

Sila muatturunnya : disini

Sebar-sebarkan.......

Salam Ramadhan.......

Empat perkara sempurna dengan empat perkara

Berkata Sayyidina Abu Bakar Assiddiq r.a : Empat perkara sempurna ia dengan empat perkara , Sempurnanya solat dengan dua sujud sahwi,
sempurnanya puasa dengan menunaikan zakat fitrah,
sempurnanya haji dengan membayar dam dan
sempurnanya iman dengan berjihad.....
Teruskan perjuangan ! Selamat berpuasa !

Wednesday, September 9, 2009

Seloka Aurat

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap
,Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Dipetik dari laman naeim

Tazkirah sebentar

Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah ?
Telah berkata Mujahid di dalamsebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan"Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepadaAllah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajardengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggangyang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias,tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa"ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahiminas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membarah)

Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur)
Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Di petik dari Laman Naiem. Selamat berpuasa !!

Sunday, September 6, 2009

17 Ramadhan Hari Nuzul Quran


Salam Ramadhan ! Kehebatan AlQuran boleh kita dapat dalam banyak aspek ...


1 ) Ta`rif nya telah menunjukkan kepada kita kerana AlQuran adalah Kalam Allah Taala ...


2 ) Namanya kerana Al Quran mempunyai banyak nama yang semua namanya membawa makna yang hebat sehingga menggerunkan musuh2 Allah yang membenci Al Quran antara namanya ialah Al Kitab, Al Furqan, Al Huda , Assyifa` , ArRahmah , ArRuh , AnNur dan sebagainya...


3 ) Kandungannya yang hebat sehingga tiada di dunia ini sehebat mana orang atau jin tidak dapat mendatangkan sama seperti Al Quran.....


4 ) Bukit bukau atau gunung ganang akan hancur lebur jika Al Quran diturunkan ke atas nya.....kerana tunduk dan kusyu` kepada Allah...


5 ) Hebatnya Al Quran sehingga ramai ahli kaji sains dan bintang beriman kepada Allah setelah kajian mereka telah mereka dapati ada di dalam Al Quran,,,,


6 ) Hebatnya Al Quran sehingga pembaca dan pengamalnya akan dapat syafaat Al Quran di Hari Akhirat


7 ) Dan yang hebat lagi Al Quran ini , orang yang mengikuti Al Quran dia tidak akan termasuk dikalangan golongan yang sesat !!!!! Selamat Berpuasa teruskan kita menjadi tetamu Allah di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini..... ila liqa !!