Tuesday, July 28, 2009

Hari ini 29 hb Julai adalah hari lahir ku yang ke 41.... Sudah tua rupanya diriku ini .. Namun di saat begini aku sentiasa berdoa agar diriku dikurniakan Iman yang teguh dan semangat jihad yang berterusan... juga umur yang panjang sehingga aku berjaya melunaskan hutang2 ku yang masih banyak hutang rumah dan yayasan yang masih berbaki puluhan ribu rinngit.. di samping itu aku mengharapkan sentiasa diberikan kesihatan yang berterusan untuk aku beribadat dan menyebarkan Islam... Dalam masa yang sama ku berdoa agar semua yang mengenali diri ini sentiasa diampunkan dosa2nya oleh Allah Taala yang Maha Pengampun... Ya Allah berilah kepada sahabatku semua dimana saja mereka berada akan kekuatan iman dan amal dan keceriaan bersama keluarga dan teman seperjuangan dalam menegakkan Islam kerana aku tahu mereka juga pejuang2 Islam yang sama berjuang !!!

Teruskan perjuangan semoga berjaya di dunia dan akhirat... 6454
Salam ! Semalam berkuliah di Surau Assabiqun dalam bab Zakat... Kemudian menghadiri usrah umum MTD Ladang dibawah pimpinan naqib Ustaz Satiful Bahri Mamat , Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu...

Monday, July 27, 2009

Salam ! Aku menghadiri program liqa fikri anjuran ulama negeri pada 25 hb Julai yang lalu di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai.. Pesuruhjaya yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat YB Dato` Tuan Guru Haji Harun Taib telah membentang kertas kerja yang bertajuk Peranan PAS menyatukan jemaah Islam di Malaysia... Pada 27 hb Julai aku ke Masjid AlFurqan untuk kuliah maghrib dan sempat memberi peringatan berkaitan himpunan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ! hb Ogos 2009 . begitu juga pada malam berikutnya di Surau Haji Abdullah perkara sama di sebut... Teruskan perjuangan semoga berjaya dunia dan akhirat.... Menentang Kezaliman dan Mencegah Kemunkaran dalam masa yang sama bertaqwa kepada ALLah adalah sifat yang mulia bagi penduduk bumi.. Takbir !!!!!

Friday, July 24, 2009

Assalamualaikum ! Bertemu kembali..lama dah ni tak tulis.. Hari ni aku berkhutbah di Masjid AtTaqwa batu 6 mengajak umat Islam bertaqwa kepada Allah Taala... Menyerus antaranya supaya muhasabah diri dan menyuruh kepada yang baik dan mencegah akan kemungkaran.. Aku juga mengajak umat islam supaya hadir di himpinan Mansuhkan ISA pada 1 hb Ogos nanti sebagai suatu jihad menentang kezaliman...kepada yang tidak hadir sila biayai tambang ke perhimpunan tersebut sebagai jihad harta yang akan mendapat pahala...

Aku juga pergi ke kenduri sahabat seperjuangan didalam PAS cikgu Wan Mokhtar bersama isteri dan anak ku Ahmad Hafizuddin...

Tuesday, July 14, 2009

PAS MENANG DI MANEK URAI

Assalamualaikum ! Parti Islam Semalaysia PAS telah berjaya mengekalkan kerusi N 41 Manek Urai setelah keputusan diistiharkan semalam. Walaupun majoriti menurun tetapi biasalah PRK di kawasan melayu memang sengit.. Ini pun cukup mahal harga kemenangan... Tahniah PAS !!!

Aku berkesempatan bersama pimpinan PAS di Markaz Induk PAS N 41 . Solat bersama dgn Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz Nikmat.... tazkirah beliau cukup meresap dalam hatiku untuk terus istiqamah dengan perjuangan Islam... Aku sempat bertemu dengan Naib2 Presiden PAS Dato` Haji Mahfuz Omar dan Solahuddin Ayub serta beberapa pimpinan PAS Negeri Kelantan seperti YB Nasharuddin Daud , Zaki Ibrahim , Baihaqi dan Abdul Fatah....
Bertolak pulang dalam keadaan hujan rahmat menyambut kemenangan dan singgah di jerteh menikmati Sup Belut dan nasi goreng bersama dengan Ustaz Sidik , Zaidi, Tarmizi , AlAnas dan Jailani.. sampai kat rumah 2.oo pagi... Subuh sedikit tazkirah buku yang dibeli di Banda Aceh di Masjid Mengabang Tengah... ok Jp lagi Teruskan Perjuangan !!!!