Monday, January 18, 2010

YB Ladang cabar Wan Hisham

Tindakan Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa pemberian bantuan atau subsidi harga rumah mampu milik hanya untuk orang-orang Umno sahaja, di bidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang ”Bila dia (Ahmad) bercakap kepada lebih kurang 1000 orang (di Ladang), dia kata, dia beri ini, bantuan banyak ini, faham-fahamlah kena balas budi kita (kena undi BN), ”dan memang kita beri bantuan ini kepada orang kita sahaja (Umno) orang PAS jangan ‘bising bangor’,” kata Dato’ Tengku Hassan Omar, mengulangi kata-kata Menteri Besar Terengganu,Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu kesal dengan tindakan Ahmad yang membelanjakan wang rakyat menurut sesuka hatinya.Katanya, tindakan Ahmad itu tidak akan menyelesaikan masalah sosial dan kemiskinan yang masih menjadi masalah di negeri Terengganu.”Dia kena ingat ini (wang yang dibelanjakan) bukan wang Umno, bukan wang Barisan Nasional, ini wang kerajaan, ”dan untuk mengatasi kemiskinan, yang miskin bukan orang Barisan Nasional sahaja, orang-orang bukan Barisan juga ramai yang miskin,”bantulah, apa salahnya Bantu, dia orang negeri Terengganu, orang Melayu, yang miskin, bantu!,”katanya dalam Majlis Penerangan di Kampung Duyung 14 Januari lalu.Menurutnya, tindakan kerajaan Umno/BN Terengganu itu tidak adil, bukan sebagaimana yang pernah disebut oleh Ahmad sebelum ini, bantuan kerajaan adalah untuk semua, tanpa mengira kaum dan pegangan politik.Dato’ Tengku Hassan yang juga bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu mencabar Dato’ Wan Hisham Wan Salleh, bekas ADUN Batu Burok supaya membuktikan, dimanakah kata-katanya yang didakwa ‘bohong’ oleh Wan Hisham.Katanya, Wan Hisham (gambar kanan) pada malam pertemuan dengan penduduk Ladang pada 11 Januari menuduh beliau sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan yang berbohong kepada rakyat berkenaan tindakan kerajaan mengambil balik tanah Ladang.”Kalau ada orang-orang Wan Hisham pada malam ini, tolong beritahu dia, dia kata saya berbohong,
”saya nak cabar dia, (sila) buktikan dimana saya berbohong, butir apakah saya berbohong,”tegasnya.Menurutnya beliau menyampaikan fakta yang diberikan oleh para pegawai kerajaan negeri Terengganu dan menerangkan bagaimana proses pengambilan balik tanah tersebut.Katanya, apa perlu beliau berbohong kepada rakyat dan tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk berbohong kepada rakyat.Justeru beliau menyelar sikap pimpinan Umno yang suka menuduh dengan pelbagai tohmahan kepada pemimpin PAS, kerana mereka bimbang ditolak oleh rakyat.”Inilah sikap mereka yang suka menuduh, (mereka tidak) membuat apa-apa (untuk rakyat), apabila kita (pemimpin PAS) masuk kampong mereka tuduh bermacam-macam,”timbu satu macam ketakutan kepada mereka (takut ditolak oleh rakyat),”jelasnya.

No comments:

Post a Comment