Monday, April 27, 2009

Hukum darah yang keluar ketika wanita hamil

Para ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum darah yang keluar ketika wanita hamil kepada dua pendapat seperti berikut:
Pendapat pertama: Darah yang keluar ketika wanita hamil adalah darah haid.
Ini adalah pendapat mazhab Syafie dan Maliki. Ia juga pendapat az-Zuhri, Qatadah, laith, Ishak, Aisyah ra, Yahya bin Sa’id dan lain-lain.
Pendapat kedua: Darah yang keluar ketika wanita hamil adalah bukan darah haid.
Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan Hambali. Ia juga pendapat Ibnu Abbas, Thauban, Sa’id bin Musayyab, Ato’ Ikrimah, as-sya’bi, at-thauri dan lain-lain.
Dalil pendapat pertama:
1. Umumnya ayat tentang haid:
Firman Allah swt:
ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض
“Dan mereka bertanya kamu tentang hukum haid. Katakanlah haid adalah kotoran yang menyakiti. Hendaklah kamu tidak menyetubuhi isteri-isteri kamu ketika mereka berhaid.” (222 : al-Baqarah)
Bentuk pendalilan: Ayat ini menyebut secara umum tentang haid tanpa membezakan diantara dalam keadaan hamil atau tidak hamil.
2. Nabi saw bersabda:
إذا كان دم الحيضة فإنه دم أسود يعرف
“Sekiranya darah haid, ia adalah darah hitam yang dikenali.” (Hr Abu Daud)
Hadis ini umum tanpa menyatakan perbezaan diantara yg hamil dan tidak hamil
3. Darah ini dianggap haid kerana keluar pada hari biasa (bukannya pada hari istihadah).
Dalil pendapat kedua:
1. Nabi saw bersabda:
لا توطأ حامل حتى توضع ولا غير ذات حمل حتى تحيض حيضة
“Wanita tawanan perang yang dijadikan hamba dan hamil tidak boleh dijimak sehinggalah dia melahirkan anak. Tidak dijimak wanita tersebut yang tidak hamil sehinggalah dia berhaid dan habis haidnya.” (Hr Abu Daud – 2157)
Hadis ini menunjukkan kepada wanita yg hamil tidak berhaid. Ini kerana perbezaan hukum diantara yang hamil dan tidak hamil. Hukum yang tidak hamil dgn haid.
2. Nabi saw bersabda yg ditujukan utk lelaki yang menceraikan isterinya ketika haid:
مره فليراجعها ثم ليطلقها طاهرا او حاملا
“Suruhlah dia rujuk semula dan ceraikan wanita itu dalam keadaan suci atau hamil.” (Hr Muslim)
Hadis ini menunjukkan hukum hamil adalah sama dgn suci. Iaitu boleh dijatuhkan cerai. Ini menunjukkan darah yg keluar ketika hamil bukanlah darah haid.
Pendapat yang ditarjihkan
Pendapat yang dipilih oleh pengarang kitab أحكام المرأة الحامل في الشريعة الإسلامية Yahya Abdurrahman al-Khotib adalah pendapat yang kedua yg berpendapat darah yang keluar waktu hamil bukanlah darah haid dan ia adalah darah istihadah.
Ini dikuatkan lagi dari segi perubatan moden. Dr Muhyiddin Kahalah pakar bedah dan pakar penyakit puan dan peranakan O&G menyatakan bahwa darah tersebut bukanlah darah haid. Adapun sebab-sebab darah keluar pada masa hamil adalah berdasarkan sebab-sebab berikut:
darah keluar dr org hamil sebab pecahnya kantung ovum yg berlaku ketika 2 minggu kandungan.
Darah keluar kerana merembes ovum di dinding rahim sehingga memberi kesan kpd dinding rahim yg menyebabkan pendarahan. Ini selepas 3 minggu kandungan.
Turun darah berterusan dari 3 hingga 9 minggu yg awal kandungan dengan sebab janin tidak memenuhi ruang rahim.
Pendarahan berlaku dengan sebab berlaku radang leher rahim.
Pendarahan berlaku dengan sebab pendagingan di leher rahim.
Luka pada uri janin yg menyebabkan pendarahan.
kanser.
Pendarahan berlaku apabila kandungan tabung uji dan rahim menjadi kosong.
Rujukan: أحكام المرأة الحامل في الشريعة الإسلامية oleh Yahya Abdurrahman al-Khotib
Posted by akhisalman at 12:41 PM 0 comments
Friday, April 17, 2009

Hukum wanita menari di khalayah ramai
soalan
apakah hukum wanita menari di khalayak ramai alau ia tutup aurat bolehkah menontonnya atau kita menganjurkan persembahan tarian wanita jawapanUlama syafie berpendapat asal kepada hukum menari adalah harus. Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:
جاء حبشة يزفنون في يوم عيد في المسجد فدعاني النبي صلى الله عليه وسلم فوضعت رأسي على منكبه فجعلت أنظر إلي لعبهم حتى كنت أنا التي أنصرف عن النظر إليهم“Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda saw melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling dari melihat mereka.” (Hr Muslim – sahih) Ulama Syafie mensyaratka pengharusan menari bagi lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada pergerakan lemah gemalai. Kalau ada pergerakan sedemikian , maka hukumnya haram kepada lelaki kerana seperti perbuatan khunsa dan perempuan dikhalayak lelaki kerana boleh membawa fitnah.Adapun bagi mazhab hanafi, maliki, hambali dan al-Qaffal, mereka mengatakan asal hukum menari adalah makruh. Ini kerana menari adalah perkara yang hina dan menjatuhkan maruah. Mereka menyatakan hadis tarian orang habsyah itu adalah maksudnya bermain senjata. Ini berdasarkan hadis berikut:
ويلعبون عند رسول الله بحرابهم“Mereka bermain tombak di hadapan Rasulullah saw.” (Hr Muslim – sahih)Hukum makruh adalah sekiranya tidak disertai perkara yang haram seperti minum arak, buka aurat dan sebagainya. Jika ada maka semuanya mengatakan haram.Bila kita melihat kembali kepada soalan dan kejadian yang berlaku, bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhayak ramai. Berdasarkan mazhab Syafie jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung. Bagi mazhab lain kita lihat pada hukum wanita menari penuh lemah gemalai mengerakkan seluruh anggotanya termasuklah pinggulnya dihadapan lelaki . Kita melihat dari beberapa sudut: 1. Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Ini jelas dari hadis berikut:
وأمر امرأتك أن تجعل تحته ثوبا لا يصفها“Perintahkan isterimu (Dihyah al-Kalbi) memakai pakaian disebalik pakaian luar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. (Hr Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim)Dan juga hadis Nabi saw:
مرها فلتجعل تحتها غلالة ، إني أخاف أن تصف حجم عظامها“Suruh isterimu meletakkan pakaian disebalik pakaian luar, kerana aku takut ia menampakkan bentuk tubuhnya.” (Hr Ahmad) # Menampakkan bentuk tubuh disebalik pakaian pun haram, bagaimana pula menggerakkan bahagian dada dan pinggul dihadapan lelaki? 2. Islam menegah wanita melunakkan suara berdasarkan Firman Allah swt:
فلا تخضعن بالقول “Janganlah wanita itu melunakkan suaranya.” (32 : al-Ahzab)Tegahan melunakkan suara adalah untuk mengelakkan dari wanita itu menimbulkan fitnah. Kalau kita bandingkan perempuan yang melunakkan suara dihadapan kita lelaki dan wanita yang menutup aurat melenggokkan dada dan pinggulnya. Mana yang lebih menimbulkan fitnah?3. Islam telah menegah wanita menghentak kakinya dihadapan orang lelakiFirman Allah swt:
ولا يضربن بأرجلهنImam Qurtubi mentafsir ayat ini “Jangalah wanita itu menhentak kakinya ketika berjalan untuk memperdengarkan bunyi gelang kakinya. Memperdengarkan bunyi perhiasan adalah seperti menunjukkan perhiasan (aurat) malah lebih dahsyat. Tujuannya adalah melindungi."Imam az-Zujaj berkata “Mendengar bunyi perhiasan (gelang kaki) lebih menaikkan syahwat dari menunjukkan perhiasan”# mana lebih yang lebih menaikkan syahwat? Perempuan yang mendengarkan bunyi perhiasannya atau yang melengang lenggok tubuh badannya dihadapan orang lelaki? Kesimpulan: Jelas sekali wanita menari dengan lemah gemalai dan meliukkan tubuh badannya adalah perkara yang ditegah sama sekali. Menontonnya adalah dilarang berdasarkan Firman Allah:
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم“Katakan kepada orang beriman hendaklah menjaga pandangan mereka.” (30 : an-Nur) Nabi saw bersabda:
والعينان زناهما النظر"Dan zina dua mata adalah melihat perkara yang diharamkan."(Hr Bukhari dan muslim) Menganjurkan perkara yang haram juga dilarang. Mengupah wanita untuk menari sebegini juga dilarang. Pengarang kitab Mausu’ah Kuwaitiah berkata:“Tidak ada khilaf dikalangan ulama mengatakan bahawa mengupah terhadap perkara yang haram adalah haram.”Adapun orang yang menghadirinya adalah hukumnya jelas dari apa yg disebut didalam kitab مغني المحتاج:“Dan sekiranya kehadiran seseorang itu ke majlis tidak menghilangkan kemungkaran yang ada, diharamkan untuk dia datang kerana ianya seumpama reda dengan kemungkaran.”Rujukan: Mausuah feqhiah (Kuwait), Tafsir Qurtubi, at-Ta’amul Masyru’ lil mar2ah ma3a rajul ajnabi oleh Nabilah zaid dan Hukum patung dan gambar oleh salman maskuri.
di petik dari blog salman maskuri

No comments:

Post a Comment