Sunday, June 7, 2009

assalamualaikum ! Hari ini aku akan ke Acheh bersama Ustaz Mat Saril, Zaidi dan Azri.. Baru saja selesai muktamar PAS Pusat yang diadakan diStadiumMelawati, Shah Alam, Selangor D.E
Pada hari Khamis aku menghadiri Muktamar Ulama PAS Pusat yang diadakan di Muzium Negeri Shah Alam sebagai perwakilan negeri Terengganu..Aku sampai diKeramat pada petang hari Rabu 3 hb Jun.. aku terlupa tutup lampu kereta yang kecil menyebabkan bateri habis. Kereta ku tersadai beberapa hari kerana pengsan tiada talian hidup kerana kesibukan ku menjadi perwakilan beberapa hari. 4 hb Jun aku ke Shah Alam menaiki teksi RM 40 boleh tahan juga sewanya..habis muktamar ulama aku menumpang sahabatku perwakilan Ulama Wilayah yang berkebetulan mahu pulang melalui jalan keramat...sampai saja maghrib aku tak sempat untuk menghidupkan nyawa keretaku.
5 hb Jun aku bersama Amran Chik ke Shah Alam dengan keretanya. Isteriku turut serta sebagai pemerhati di Muktamar tersebut.. Amran ada urusan lain di KL dan ketika pulang aku dan isteri menunggu amran akan ambilku..jam 9 malam baru Amran kelihatan katanya ia makan langsat...
6 hb Jun hari ke 2 Muktamar di sambung balik, aku dan isteri teragak lewat sampai ke Shah Alam kerana masalah kenderaan , kebetulan adik iparku dari klang sampai ke keramat , aku terus menyuruhnya menghantarku ke Shah Alam , jam menunjukkan 11 pagi .. Keputusan pemilihan pimpinan PAS Pusat telah diumumkan... aku pesan pada adik iparku supaya baiki keretaku.. petang itu kereta ku hidup semula dan 7 hb Jun aku ke Muktamar bersama keretaku.... Noraya dan Ilhami turut serta mendengar dan melihat apa yang berlaku di hari terakhir Muktamar PAS Pusat..... Teruskan Perjuangan....Takbir !!!

No comments:

Post a Comment