Sunday, July 17, 2011
Tuesday, May 25, 2010
KEMBALILAH KEPADA ISLAM
Setelah 53 tahun merdeka, Malaysia masih kekal sekular... Pemimpin negara masih beragama Islam tapi menolak pelaksanaan Islam secara syumul... Akibatnya.... Kita lihat apa yang dilaksanakan oleh kerajaan ... Hukum Islam ? Judi, arak, rasuah dan program maksiat diluluskan... Apa jadi pada rakyat..... menakutkan..... penzinaan, anak luar nikah, dedah, dadah, bunuh, ragut, rompak, pecah rumah dll...
Apakah kerajaan seronok melihat apa yang berlaku ? Kenapa tiada ucapan taubat untuk kembali kepada Islam !!? Apakah Islam tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut??
Yakinlah bahawa jalan penyelesaian kepada krisis yang melanda ini adalah kembali kepada Islam...
Bangkitlah wahai umat Islam,, tumbangkan kerajaan yang degil dan sombong yang tidak mahu kembali kepada Islam... Kita semua berkewajipan mewujudkan kerajaan yang benar2 melaksanakan Islam.. Ayuh2 teruskan perjuangan selagi BN memerintah selagi itulah penghinaan, keruntuhan moral, jenayah dan maksiat akan bermaharajalela.... Maka..... tumbangkan BN dalam pilihanraya yang ke 13 nanti.... Membangun bersama Islam !

Tuesday, May 11, 2010
Assalamualaikum wm.wbrkth.. Bertemu kembali setelah sekian lama tak bersama dalam blog ini. Suka dinyatakan bahawa ramai dikalangan manusia yang tinggal di bumi allah ini yang tidak bersyukur... Bacalah firman Allah dalam surah Al A`raf ayat 10 yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa ) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan ) penghidupan ( supaya bersyukur ) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur..
Kenapa jadi begini ???
Kerana di dunia ini terlalu ramai musuh yang berusaha menjadikan manusia tidak bersyukur... ramai yang derhaka , maksiat , lalai dari mengingati Allah...
Mereka adalah syaithan iblis dan kuncu2nya seperti Yahudi dan Nashara serta yang disenaraikan oleh Iblis sebagai temannya seperti Pemerintah yang zalim , orang yang menentang kebenaran, ulama yang redha dengan kezaliman pemerintah, peminum arak macam pemimpin UMNO sebagai contoh dan lain2 yang semuanya bertujuan merosakkan manusia dalam kehidupan mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini....
Jalan selamat bagi manusia di dunia ini ialah kembali kepada AlQuran dan Assunnah.( kepada Islam yang syumul dan lengkap ) .

Saturday, February 13, 2010
Solat Jenazah Mak Cik Hjh Aishah Awang
Aku sempat mengiringi AlMursyidul Am PAS untuk menunaikan solat jenazah Mak Cik HajahAishah Awang pada hari tu. Tuan Guru tiba jam 9 pagi dan disambut oleh Dato Seri Presiden dan ahli2 jamaah yang hadir pada hari tersebut.... Yang pergi di doakan kebahagian di alam barzakh dan akhirat nanti, yang masih hidup teruskan perjuangan dan istiqamah sehingga Allah mengurniakan Syahid atau kemenangan yang hakiki... Takbir !!!Saturday, January 23, 2010
SEMINAR MAKTABAH SYAMILAH
Seminar tersebut dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Ustaz Khairuddin Aman Ghazali Attakiri, Ustaz Azhar Yahya dan Ustaz Arif bin Mohd Arshad telah bentangkan kertas kerja yang cukup tepat dan padat..
Monday, January 18, 2010
YB Ladang cabar Wan Hisham
Tindakan Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa pemberian bantuan atau subsidi harga rumah mampu milik hanya untuk orang-orang Umno sahaja, di bidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang ”Bila dia (Ahmad) bercakap kepada lebih kurang 1000 orang (di Ladang), dia kata, dia beri ini, bantuan banyak ini, faham-fahamlah kena balas budi kita (kena undi BN), ”dan memang kita beri bantuan ini kepada orang kita sahaja (Umno) orang PAS jangan ‘bising bangor’,” kata Dato’ Tengku Hassan Omar, mengulangi kata-kata Menteri Besar Terengganu,Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu kesal dengan tindakan Ahmad yang membelanjakan wang rakyat menurut sesuka hatinya.Katanya, tindakan Ahmad itu tidak akan menyelesaikan masalah sosial dan kemiskinan yang masih menjadi masalah di negeri Terengganu.”Dia kena ingat ini (wang yang dibelanjakan) bukan wang Umno, bukan wang Barisan Nasional, ini wang kerajaan, ”dan untuk mengatasi kemiskinan, yang miskin bukan orang Barisan Nasional sahaja, orang-orang bukan Barisan juga ramai yang miskin,”bantulah, apa salahnya Bantu, dia orang negeri Terengganu, orang Melayu, yang miskin, bantu!,”katanya dalam Majlis Penerangan di Kampung Duyung 14 Januari lalu.Menurutnya, tindakan kerajaan Umno/BN Terengganu itu tidak adil, bukan sebagaimana yang pernah disebut oleh Ahmad sebelum ini, bantuan kerajaan adalah untuk semua, tanpa mengira kaum dan pegangan politik.Dato’ Tengku Hassan yang juga bekas Pegawai Kewangan Negeri Terengganu mencabar Dato’ Wan Hisham Wan Salleh, bekas ADUN Batu Burok supaya membuktikan, dimanakah kata-katanya yang didakwa ‘bohong’ oleh Wan Hisham.Katanya, Wan Hisham (gambar kanan) pada malam pertemuan dengan penduduk Ladang pada 11 Januari menuduh beliau sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan yang berbohong kepada rakyat berkenaan tindakan kerajaan mengambil balik tanah Ladang.”Kalau ada orang-orang Wan Hisham pada malam ini, tolong beritahu dia, dia kata saya berbohong,
”saya nak cabar dia, (sila) buktikan dimana saya berbohong, butir apakah saya berbohong,”tegasnya.Menurutnya beliau menyampaikan fakta yang diberikan oleh para pegawai kerajaan negeri Terengganu dan menerangkan bagaimana proses pengambilan balik tanah tersebut.Katanya, apa perlu beliau berbohong kepada rakyat dan tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk berbohong kepada rakyat.Justeru beliau menyelar sikap pimpinan Umno yang suka menuduh dengan pelbagai tohmahan kepada pemimpin PAS, kerana mereka bimbang ditolak oleh rakyat.”Inilah sikap mereka yang suka menuduh, (mereka tidak) membuat apa-apa (untuk rakyat), apabila kita (pemimpin PAS) masuk kampong mereka tuduh bermacam-macam,”timbu satu macam ketakutan kepada mereka (takut ditolak oleh rakyat),”jelasnya.

Saturday, December 5, 2009
Saturday, November 14, 2009
Ceramah Intifadah Palestin 13.11.2009
MASJID RUSILA

Beginilah suasana sambutan orang ramai terhadap perjuangan umat islam Palestin. Setiap kali ada ceramah dari Hamas pasti mendapat sokongan yang hebat dari umat Islam di Malaysia...
Memperkatakan sesuatu kepada Naji Za al-Farhi - Hamas Representive at Malaysia semoga perjuangan Islam di Palestine akan terus mendapat pertolongan dari Allah Taala.... Semoga kita semua mendoakan kejayaan yang hakiki kepada sahabat2 kita di bumi Palestin dan Masjid Al Aqsa berjaya di kembalikan kepada umat Islam... Takbir !!!
Masjid Rusila

Sempat Berbincang dan memberi semangat kepada Naji Za al-Farhi - (Hamas Representive at Malaysia)
Beginilah suasana sambutan orang ramai terhadap perjuangan umat islam Palestin. Setiap kali ada ceramah dari Hamas pasti mendapat sokongan yang hebat dari umat Islam di Malaysia...
Memperkatakan sesuatu kepada Naji Za al-Farhi - Hamas Representive at Malaysia semoga perjuangan Islam di Palestine akan terus mendapat pertolongan dari Allah Taala.... Semoga kita semua mendoakan kejayaan yang hakiki kepada sahabat2 kita di bumi Palestin dan Masjid Al Aqsa berjaya di kembalikan kepada umat Islam... Takbir !!!Masjid Rusila
Saturday, October 24, 2009
Sambutan Jubli Perak Pasti Terengganu.
Tahniah dan syabas kepada semua yang berusaha sehingga berjaya menguruskan sambutan Juble Perak Pasti Terengganu selama 3 hari 3 malam di Perkarangan Masjid Rusila pada
22, 23 dan 24 Oktober 2009.
22, 23 dan 24 Oktober 2009.

Kesempatan melawat gerai- pameran yang sediakan oleh pelbagai ejensi didalam PAS.
Teruskan Perjuangan.
Wednesday, October 21, 2009
Salam Bulan Haji
Bertemu kembali dalam suasana yang cukup ceria dengan program yang disertai seperti Ijtima` Kepimpinana PAS Negeri Terengganu pada 16 hb -17 hb Oktober yang lepas kemudian malam2 kuliah dan kini MDQ atau rusila menjadi tempat tumpuan bagi program Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu...22 hb Oktober -24 hb Oktober 2009... Teruskan Perjuangan !!! Kuliah Maghrib, ceramah , kuliah subuh, khutbah jumaat , Jamuan meja Madrasah Darul Iman menjadi penyertaan diriku saridua ni..... heeheehe...
Tuesday, October 13, 2009
Selamat berijtima' PAS Terengganu.
Aku Di Bagan Pinang
Monday, October 5, 2009
Selamat Bertugas di PRK Bagan Pinang
Aku berehat sejenak selepas penat menyertai perarakan calon PAS
Zulkifli Mohamad bin Hj Omar
Aku berkesempatan hadir di hari pernamaan calon Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang.Walaupun hujan telah turun dengan lebatnya, aku lihat penyokong PAS dan PR tidak pernah luntur.Mereka meneruskan aktiviti seolah-olah seperti hujan tidak turun.
Selamat bertugas buat semua pejuang di Bagan Pinang.
Sunday, September 20, 2009
Salam Eid Mubarak 1430 H
SalamEid Mubarak buat teman2 seperjuangan di mana saja berada ! Kullu a~min wa antum bimiliuunal khairi .. Maaf Zahir Batin.... Aku sempat berkhutbah di Taman Sunway, Batu Cave..Tq pada Tuan Haji Hanafiah yang telah kirimkan khutbah Dato` Seri Presiden.... Hari ini agak sibuk sikit kerana aku terkandas di jalansebaik balik dari solat raya.. Kereta sakitcirit birit dan dihantar ke Hospital kereta setiawangsa... banyaklah juga kena bayarannya. namun sekarang ni kereta dah sihat.. Besok ke banting, Selangor rumah pak sedara isteriku di kg kelanang, jugra dan sg buaya... Rabu mungkin balik Terengganu.... Maklum sajalah raya sakan kat KL ni...
Friday, September 18, 2009
Sunday, September 13, 2009
Presiden Lancar Kereta Jenazah Masjid Rusila.
Upacara persmian telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Perkarangan Masjid Rusila, pada 11.09.2009 jam 6.00 ptg.
Saturday, September 12, 2009
Teks Khutbah Idul Fitri 1430H
Teks Khutbah ini telah disediakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Presiden Parti Islam Semalaysia [PAS]
Sila muatturunnya : disini
Sebar-sebarkan.......
Salam Ramadhan.......
Presiden Parti Islam Semalaysia [PAS]
Sila muatturunnya : disini
Sebar-sebarkan.......
Salam Ramadhan.......
Empat perkara sempurna dengan empat perkara
Berkata Sayyidina Abu Bakar Assiddiq r.a : Empat perkara sempurna ia dengan empat perkara , Sempurnanya solat dengan dua sujud sahwi,
sempurnanya puasa dengan menunaikan zakat fitrah,
sempurnanya haji dengan membayar dam dan
sempurnanya iman dengan berjihad.....
Teruskan perjuangan ! Selamat berpuasa !
sempurnanya puasa dengan menunaikan zakat fitrah,
sempurnanya haji dengan membayar dam dan
sempurnanya iman dengan berjihad.....
Teruskan perjuangan ! Selamat berpuasa !
Wednesday, September 9, 2009
Seloka Aurat
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap
,Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.
Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Dipetik dari laman naeim

Tazkirah sebentar
Bagaimana menghilangkan Marah
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah ?
Telah berkata Mujahid di dalamsebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan"Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepadaAllah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".
Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajardengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggangyang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias,tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa"ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahiminas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membarah)
Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur)
Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.
Di petik dari Laman Naiem. Selamat berpuasa !!

Subscribe to:
Posts (Atom)