Tuesday, June 30, 2009

Assalamualaikum ! Bertemu kembali setelah lama menyepi.. Hari ini ! hb Julai bermulalah pelajar Rabie Thanawie MDQ menghadapi peperiksaan Shahadah Rabie 2009. Mereka akan mengahapiskan 22 mata pelajaran sehingga 21 hb Julai nanti. Semoga semua anak muridku akan berjaya dengan cemerlang Aamin !!!!.

Dalam mengahrungi perjuangan Islam kita hendaklah sentiasa muhasabah diri agar sentiasa dikurniakan kemantapan Iman, Taqwa dan Amal yang soleh sebagai bekalan yang cukup bagi masa yang mendatang...
Jumaat baru baru ni 26 hb Jun aku bersama Ust Nik Zawawi dan Ust Razki Alias telah turun ke Dungun untuk memenuhi program Ulama PAS Negeri turun ke Kawasan...
Pada hari tersebut juga aku sempat menghadiri program ulama muda dan pelapis bersama ajk Alusy di MTT....
Semalam aku dan isteri bersama program Usrah Umum MTD Ladang....

Saturday, June 20, 2009

Assalamualaikum wm.wbth ! Bertemu kembali dalam suasana yang cukup gawat di negara kita dengan isu kerajaan perpaduan. Namun isu ini akan reda apabila Dato Seri Presiden pulang dari luar negara.. Semalam ust hadir dalam majlis makan malam MIK yang diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu..

Saturday, June 13, 2009

Assalamualaikum ! Bertemu kembali hari ini 14 hb Jun 2009 hari pertama persekolahan setelah bercuti selama dua minggu.. Aceh menggamit memori indah bersama sahabat2 baru yang ku kenali dikalangan pelajar Malaysia di sana...IAIN Ar Raniry dan kesan sejarah Tsunami cukup memberi sesuatu pengajaran yang baik buatku... Terimakasih kepada Persatuan Pelajar yang banyak membantu dalam lawatan ringkas kami ke Aceh... Mohd Azzar, Zaim Irsyad , Sallam , abd Ghaffur dan Nazifi yang sempat keluar bersama rombongan di ucapkan terimakasih.. Adapun nama2 lain ust mohon maaf tak sempat nak catat tq kepada kalian kerana beri kerjasama pada kami semua... Hari ini masih ramai yang tidak hadir ke sekolah entah kenapa dengan pelajar2 ni... Terskan perjuangan !! Takbir !!

Sunday, June 7, 2009

assalamualaikum ! Hari ini aku akan ke Acheh bersama Ustaz Mat Saril, Zaidi dan Azri.. Baru saja selesai muktamar PAS Pusat yang diadakan diStadiumMelawati, Shah Alam, Selangor D.E
Pada hari Khamis aku menghadiri Muktamar Ulama PAS Pusat yang diadakan di Muzium Negeri Shah Alam sebagai perwakilan negeri Terengganu..Aku sampai diKeramat pada petang hari Rabu 3 hb Jun.. aku terlupa tutup lampu kereta yang kecil menyebabkan bateri habis. Kereta ku tersadai beberapa hari kerana pengsan tiada talian hidup kerana kesibukan ku menjadi perwakilan beberapa hari. 4 hb Jun aku ke Shah Alam menaiki teksi RM 40 boleh tahan juga sewanya..habis muktamar ulama aku menumpang sahabatku perwakilan Ulama Wilayah yang berkebetulan mahu pulang melalui jalan keramat...sampai saja maghrib aku tak sempat untuk menghidupkan nyawa keretaku.
5 hb Jun aku bersama Amran Chik ke Shah Alam dengan keretanya. Isteriku turut serta sebagai pemerhati di Muktamar tersebut.. Amran ada urusan lain di KL dan ketika pulang aku dan isteri menunggu amran akan ambilku..jam 9 malam baru Amran kelihatan katanya ia makan langsat...
6 hb Jun hari ke 2 Muktamar di sambung balik, aku dan isteri teragak lewat sampai ke Shah Alam kerana masalah kenderaan , kebetulan adik iparku dari klang sampai ke keramat , aku terus menyuruhnya menghantarku ke Shah Alam , jam menunjukkan 11 pagi .. Keputusan pemilihan pimpinan PAS Pusat telah diumumkan... aku pesan pada adik iparku supaya baiki keretaku.. petang itu kereta ku hidup semula dan 7 hb Jun aku ke Muktamar bersama keretaku.... Noraya dan Ilhami turut serta mendengar dan melihat apa yang berlaku di hari terakhir Muktamar PAS Pusat..... Teruskan Perjuangan....Takbir !!!

Monday, June 1, 2009

Assalamualaikum ! Bertemu kembali, hari ni berita gembira buat pakatan rakyat kerana berjaya mengekal kerusi dewan undangan negeri Penanti dengan cemerlang tanpa kelibat BN yang bacul lagi penakut dan pondan.. SPR buat terkjut di atas peratus keluar mengundi yang paling rendah dalam sejarah pilihanraya. itu hanyalah luahan yang telah diskripkan heh..heh... 4 hb nanti aku akan ke muzium shah alam, selangor sebagai perwakilan ulama negeri di Muktamar Ulama Pas Pusat. Pada 5 hingga 7 hb Jun pula menjadi perwakilan PAS Kawasan kuala terengganu di Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan di Stadium Melawati,Shah Alam. Hari ini aku ke pejabat Azlin kerana menunggu kereta ku yang sedang di baiki.. siap nanti besok mungkin ke Kuala Lumpur.....

Tuesday, May 26, 2009

Assalamualaikum ! Bertemu kembali setelah lama tiada di blog tapi ada di alam nyata. Isteriku selamat menjalani sedikit pembedahan di telinga di dewan bedah Haspital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 24 hb Mei 2009..
PAS Kawasan Kuala Terengganu telah membentuk jawatankuasanya pada 20 hb Mei yang lalu:

YDP : YB HAJI MOHD ABDUL WAHID ENDUT
TYDP : YB DATO` TENGKU HASSAN TENGKU OMAR
NYDP : USTAZ ARIFFIN DERAMAN
KUU: USTAZ HAMZAH NGAH
KP : USTAZ HAJI AHMAD KAMAL ALI
KM : USTAZAH SHAMSIAH ABU BAKAR
SETIAUSAHA : USTAZ WAN SUKAIRI WAN ABDULLAH
PEN SETIAUSHA : CIKGU MOHD ALI ABDULLAH
BENDAHARI : ABDUL RAZAK KARIM
PENGARAH PR : YB DATO` TENGKU HASSAN TENGKU OMAR.

Disamping itu ahli jawatankuasa yang mengetuai lajnah2 telah dibentuk. Semoga mereka semua dapat meneruskan kerja2 jamaah dan masyarakat dengan cara yang terbaik.... Takbir.

Saturday, May 16, 2009

Assalamualaikum ! Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi . Semalam 16 hb Mei 2009 berlangsung mesyuarat agung PAS Kawasan Kuala Terengganu. Tahun pemilihan menyaksikan YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut sekali lagi diberi mandat sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan.. Sesi yang baru ini PAS Kawasan telah mendapat Timbalan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua yang baru yang disandang oleh YB Dato` Tengku Hasan Tengku Omar dan Saudara Ariffin Deraman manakala Ketua Urusan Ulama kekal sebagaimana sesi lalu yang dipegang oleh Ustaz Hamzah Ngah.... Lain-lain ajk yang dipilih dalam Mesyuarat agung ialah Dr Syed Azman, Wan Sukairi, Azmi , Soud , Wan Soleha, Sulaiman, Abbas , Mohd Ali , Abd Razak Karim, Hamdan, Halias, Zawiah, Rohani, Lamree, Othman Yusuf dan Abu Bakar Abdullah... Manakala Ketua Pemuda dan Muslimat kekal disandang oleh Ust Ahmad Kamal Ali dan Puan Samsiah Abu Bakar. Selamat berjuang. Teruskan perjuangan !!!!