Wednesday, February 18, 2009

Presiden PAS ucap takziah pada Australia
Azamin Amin Wed Feb 18, 09 12:47:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini mengucapkan takziah dan simpati kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Penny Williams di atas tragedi kebakaran hutan yang paling buruk dalam sejarah Australia baru-baru ini.
Iklan




Menurutnya, tragedi tersebut telah meragut lebih 170 nyawa dan memusnahkan rumah serta kemudahan infrastruktur itu berlaku di negeri Victoria, Australia.
Dalam surat beliau itu Ustaz Hadi mendoakan agar mangsa dan keluarga yang terjejas di Australia akan diberikan kekuatan dan ketenangan oleh Allah SWT dalam menempuh saat-saat yang penuh mencabar ini
"Saya bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyatakan simpati seluruh ahli PAS kepada rakyat Victoria, Australia.
"Kita juga yakin bahawa kerajaan Australia akan mampu dalam waktu yang terdekat, membina semula kawasan yang musnah itu demi kebaikan rakyatnya, " katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Dilaporkan kebakaran hutan Victoria telah menyebabkan ramai terbunuh dan 1,033 rumah musnah terbakar terutama di Kingslate, Victoria, tenggara Australia.
Menurut laporan, hutan seluas 330,000 hektar kawasan di Victoria telah terbakar, dengan api marak mencecah 10 meter tinggi manakala bekalan elektrik di Melbourne dan kawasan sekitar terputus dan 500,000 penduduk terpaksa bergelap.
Victoria diisytiharkan sebagai zon bencana dan lebih 640 buah rumah musnah terbakar yang kebanyakannya di kawasan Kinglake, utara bandar raya Melbourne. Lebih 50 perkhidmatan keretapi do Melbourne terpaksa dibatalkan kerana landasan kereta api yang bengkok dan cuaca yang panas menyebabkan meningkatnya permintaan terhadap bekalan elektrik bagi menjana penghawa dingin dan turut menyebabkan berlaku gangguan pada transformer.
Api yang membakar hutan dipercayai dari perbuatan khianat dan sesetengah lokasi puncanya hutan sengaja dibakar . Menurut Institut Kajian Jenayah Australia pada Januari 2009 menyiarkan laporan yang menyatakan separuh daripada 20,000 hingga 30,000 kebakaran belukar yang berlaku di Australia setiap tahun telah dicetuskan dengan sengaja.
Polis juga berjaya menahan lelaki berusia 31 tahun di Peats Ridge, ke utara Sydney kerana memulakan kebakaran manakala Ketua Menteri South Australia, Mike Rann,menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus kebakaran di negeri itu pada musim panas ini disebabkan perbuatan khianat manakala 20 peratus lagi berpunca daripada "kebodohan atau kecuaian.
Angin kencang dan suhu melampau mencecah 46 darjah Celcius memarakkan api di kawasan luar bandar Victoria dan News South Wales. Semua pokok kering dan mudah dijilat api.[10]
Perdana Menteri Australia, Kevin rudd menyatakan kebakaran itu adalah yang terburuk dalam tempoh 30 tahun ketika Queensland di utara berhadapan dengan masalah banjir, Victoria berhadapan masalah kebakaran hutan. - azm/mks._
dipetik daripada harakahdaily.ne

No comments:

Post a Comment